Wednesday, 1 June 2016

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

KONSEP DAN DEFINISI

Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi kendiri.  Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individi mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan serta kreatif menghadapi  segala cabaran hidup.( Ibrahim Ahmad Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001, Gelpi 1995).
Zulkefli (2005) mentakrifkan PSH atau Pembelajaran Brerterusan sebagai prose sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembeajaran.

PSH dilalaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu:

1, Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.

2, Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.

3, Pendidikan lanjutan yang berkonsepkan formal dan dijalankan di instituasi pengajian tinggi.

4, Latihan dalam perkhimatan (job trining) yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.

5, Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian

LITERASI MAKLUMAT DAN PSH

Untuk memperkasakan penguasaan literasi maklumat, proses PSH perlu dilaksanakan secara konsisten. Kedua-dua jelas mempunyai hubung kait di antara satu sama lain seperti berikut:

1, Bersifat mendorong-kendiri dan terarah-kendiri:
Kedua-dua proses berjalan berasaskan inisiatif dan motivasi kendiri setiap individu tanpa memerlukan arahan atau panduan individu yang lain. Walau bagaimanapun, bimbingan atau nasihat individu yang berpengalaman boleh membantu dalam kedua-dua proses tersebut.

2, Berpotensi membangunkan kuasa-kendiri :
Kedua-dua proses berpotensi membangunkan kuasa-kendiri setiap individu ke tahap yang lebih baik dalam kehidupan tanpa mengira latar belakang ekonomi atau social (umur, agama, bangsa dan status).

3, Bersifat benar-kendiri :
Kedua-dua proses akam menjadikan seorang indvidu celik maklumat dan pengetahuan serta berpotensi menjadikannya seorang yang berilmu dan bermoral.








PEMIKIRAN KRITIS


Definisi Pemikiran Kritis Afandi Bin Kamaruzaman , Mohd Yusrizal Bin Mohd Noor , Barharudin Bin Zainal Abidin Muhammad Zaini Bin Othman
Didefinisikan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Pemikiran kritis boleh juga sebagai proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritis mendorong individu menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak hanya cekap menggunakan kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu. Pemikiran kritis mendorong individu bersifat rasional seperti menaakul secara kritis, malah dapat meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan. Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran pengadilan, iaitu dapat mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang dikemukaan oleh pihak tertentu. Terdapat beberapa teori mengenai pemikiran kritis yang dikemukakan oleh ahli pengkaji dan ahli fikir.Antaranya adalah:
1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritis adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritis sebagai kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat andaian untuk dibahaskan serta mengenal pasti hubungan penting untuk mendapatkan rumusan yang tepat daripada maklumat yang sedia ada.
3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritis adalah berfikir secara serius dan mendalam serta membuat pertimbangan daripadanya.
4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kesimpulannya, pemikiran kritis dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan satu proses intelektual yang milibatkan pembentukan konsep,aplikasi,analisis dan menilai maklumat yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan dan pengalaman sebagai suatu landasan ke arah keyakinan.





Wednesday, 28 October 2015

HAK PENGGUNA

Hak menurut Kamus Dewan bermaksud kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu. Manakala pengguna pula bermaksud orang yang menggunakan. Setiap manusia mempunyai hak kepenggunaan mereka. pengguna sebenarnya mempunyai hak dengan sepenuhnya, cuma ia bergantung pada pengguna itu sendiri untuk menggunakan hak yang diberi.

Bila disebut tentang hak pengguna, maka ia secara automatiknya melibatkan urusan jual beli. Ramai pengguna sekarang tidak tahu menggunakan hak diberikan menyebabkan hak-hak mereka dicabuli oleh pihak yang suka mengambil kesempatan terutamanya golongan peniaga yang terlalu mementingkan keuntungan semata-mata. Terdapat 8 hak pengguna yang perlu difahami dan diingat oleh semua pengguna bagi mengelakkan pengguna ditipu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

8 hak pengguna :

1)    Hak membuat pilihan
2)    Hak bersuara
3)    Hak mendapat ganti rugi
4)    Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
5)    Hak mendapat alam sekitar yang selamat dan sihat
6)    Hak mendapat keperluan asas
7)    Hak mendapat keselamatan
8)    Hak mendapat maklumat






Sekiranya hak-hak pengguna di atas dinafikan oleh pihak lain, maka pengguna boleh membuat aduan melalui saluran-saluran yang disediakan.

Saluran aduan :

1.     Kaunter KPDNKK
3.     Biro Pengaduan Awam (http://www.pcb.gov.my/bm)
4.     Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (https://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/en/download/forms)
5.     Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ( NCCC ) (http://www.nccc.org.my/v2/index.php/ingin-membuat-aduan-e-aduan)