HAK PENGGUNA
Hak menurut Kamus Dewan bermaksud kuasa atas sesuatu atau untuk
berbuat sesuatu. Manakala pengguna pula bermaksud orang yang menggunakan. Setiap
manusia mempunyai hak kepenggunaan mereka. pengguna sebenarnya mempunyai hak
dengan sepenuhnya, cuma ia bergantung pada pengguna itu sendiri untuk
menggunakan hak yang diberi.
Bila disebut tentang hak pengguna, maka ia secara automatiknya
melibatkan urusan jual beli. Ramai pengguna sekarang tidak tahu menggunakan hak
diberikan menyebabkan hak-hak mereka dicabuli oleh pihak yang suka mengambil
kesempatan terutamanya golongan peniaga yang terlalu mementingkan keuntungan
semata-mata. Terdapat 8 hak pengguna yang perlu difahami dan diingat oleh semua
pengguna bagi mengelakkan pengguna ditipu oleh manusia yang tidak
bertanggungjawab.
1) Hak membuat pilihan
2) Hak bersuara
3) Hak mendapat ganti rugi
4) Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
5) Hak mendapat alam sekitar yang selamat dan sihat
6) Hak mendapat keperluan asas
7) Hak mendapat keselamatan
8) Hak mendapat maklumat
Sekiranya hak-hak pengguna di atas dinafikan oleh pihak lain, maka
pengguna boleh membuat aduan melalui saluran-saluran yang disediakan.
Saluran aduan :
1. Kaunter KPDNKK
3. Biro Pengaduan Awam (http://www.pcb.gov.my/bm)
4. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (https://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/en/download/forms)
5. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ( NCCC ) (http://www.nccc.org.my/v2/index.php/ingin-membuat-aduan-e-aduan)

