Wednesday, 28 October 2015

HAK PENGGUNA

Hak menurut Kamus Dewan bermaksud kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu. Manakala pengguna pula bermaksud orang yang menggunakan. Setiap manusia mempunyai hak kepenggunaan mereka. pengguna sebenarnya mempunyai hak dengan sepenuhnya, cuma ia bergantung pada pengguna itu sendiri untuk menggunakan hak yang diberi.

Bila disebut tentang hak pengguna, maka ia secara automatiknya melibatkan urusan jual beli. Ramai pengguna sekarang tidak tahu menggunakan hak diberikan menyebabkan hak-hak mereka dicabuli oleh pihak yang suka mengambil kesempatan terutamanya golongan peniaga yang terlalu mementingkan keuntungan semata-mata. Terdapat 8 hak pengguna yang perlu difahami dan diingat oleh semua pengguna bagi mengelakkan pengguna ditipu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

8 hak pengguna :

1)    Hak membuat pilihan
2)    Hak bersuara
3)    Hak mendapat ganti rugi
4)    Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
5)    Hak mendapat alam sekitar yang selamat dan sihat
6)    Hak mendapat keperluan asas
7)    Hak mendapat keselamatan
8)    Hak mendapat maklumat






Sekiranya hak-hak pengguna di atas dinafikan oleh pihak lain, maka pengguna boleh membuat aduan melalui saluran-saluran yang disediakan.

Saluran aduan :

1.     Kaunter KPDNKK
3.     Biro Pengaduan Awam (http://www.pcb.gov.my/bm)
4.     Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (https://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/en/download/forms)
5.     Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ( NCCC ) (http://www.nccc.org.my/v2/index.php/ingin-membuat-aduan-e-aduan)







6 comments:

  1. terima kasih atas info yang berguna..

    ReplyDelete
  2. tq link aduan tu..sgt bmnfaat tuk smua.

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. bila fikir balik..sekarang walaupun ada hak pengguna..masih tidak ditegakkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  4. Kebanyakan kes pengguna dipergunakan...
    perbetulkan kalau silap statement ni k... :)

    ReplyDelete
  5. betul tu... kerajaan membuat peraturan utk melindungi hak para pengguna sebagai contoh penjual2 perlu menunjukkan tanda harga keatas barang2 yg dijual untuk menjaga kepentigan pihak pembeli.

    ReplyDelete
  6. terima kasih ....atas info yang berguna.
    ramai lagi dikalangan pengguna masih tertipu dengan harga barang kerana penjual mengaut keuntungan yang banyak atas satu2 barang

    ReplyDelete